PETALING JAYA – Konvoi Global Sumud Flotilla yang memulakan pelayaran sejak bulan lalu telah melepasi zon merah, sebentar tadi.
Seorang aktivis, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat melaporkan, mereka kini berada kira-kira 100 batu nautika untuk tiba ke perairan Gaza.
“Jika video ini telah sampai kepada tuan puan, bererti kami telah melepasi zon merah. Insya-Allah malam ini, kami sampai dalam keadaan paling dekat dengan Gaza, 100 batu nautika.
“Langit Gaza berkongsi dengan langit kami, insya-Allah. Kita akan sampai ke pantai Gaza dan menurunkan bantuan,” katanya menerusi hantaran di media sosial, malam ini. – KOSMO! ONLINE