fbpx
Zainal Rashid

Sumud Flotilla: ‘Keputusan sudah dibuat, tiada satu kapal pun akan berundur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Keputusan dibuat, tiada satu kapal pun akan berundur. Kami akan terus berlayar dan siap untuk sampai ke Gaza”.

Itu tegas aktivis dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad, susulan pihak tentera Israel melancarkan kepungan ke atas kapal utama konvoi Global Sumud Flotilla dan beberapa kapal pengiring yang lain, hari ini.

Malah katanya, mereka bersiap sedia untuk berdepan dengan apa sahaja tindakan yang akan dilakukan oleh pihak Israel.

“Kami terus berlayar dengan berpandukan layar tunggal yang ada ini. Dengan kelajuan 4 knot kerana layar kedua tak dapat dipakai. Jadi, layar tunggal dengan 4 knot untuk teruskan masuk ke Gaza.

“Daripada 45 kapal yang ada dalam pelayaran ni. Dia tak mengubah hala. Semua tetap berlayar walaupun kami sedikit perlahan,” katanya lagi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kapal tentera Israel telah menghampiri konvoi GSF selain membuat ugutan dan merosakkan sistem komunikasi bot-bot konvoi berkenaan, hari ini.

Salah seorang aktivis, Rahmat Ikhsan atau dikenali PU Rahmat, melaporkan, kapal tentera Israel tersebut turut melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama misi, iaitu Alma dan Sirius.

“Sebuah kapal tentera Israel baru sahaja menghampiri bot kami, melakukan ugutan, merosakkan sistem komunikasi serta melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama kami, Alma dan Sirius!” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI