fbpx
Ahmad Sani Araby Al-Kahery ketika sidang akhbar harian Misi Global Sumud Flotila Sumud Nusantara di MAPIM Malaysia Central Warehouse di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Sumud flotilla: Hanya 23 peserta konvoi sertai pelayaran ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Hanya 23 daripada 34 peserta konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia dilaporkan bakal meneruskan perjuangan ke Gaza selepas 11 orang daripada mereka tidak dapat meneruskan misi disebabkan sebab tertentu.

Pengarah Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, keputusan itu dibuat selepas pelaksanaan proses penstrukturan peranan pada Ahad lalu.

Katanya, ia susulan kondisi empat buah kapal flotilla yang mengalami kerosakan teruk dan tidak berupaya meneruskan pelayaran.

“Penstrukturan peranan itu melibatkan tujuh orang delegasi Malaysia dan satu delegasi
Brunei.

“Susulan itu, dua orang akan dihantar ke Amman Jordan untuk membantu kumpulan perundangan sekretariat membuat persediaan iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad.

“Enam orang pula akan diterbangkan pulang dari Greece untuk menyambung tugas di SNCC,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Katanya, empat orang lagi rakyat Malaysia yang tidak meneruskan pelayaran merupakan mereka yang berada dalam kapal pemerhati di mana tidak memasuki zon merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI