fbpx
Anwar sewaktu melawat Sumud Nusantara Command Centre di Sepang.

Sumud Flotilla: Dunia sanjung 34 wira Malaysia ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seluruh dunia menyanjung keberanian para pejuang kemanusiaan, termasuk 34 wira Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dalam usaha menyalurkan bantuan ke Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat mereka yang tidak gentar meredah badai demi Palestin telah membelah resah, meruntuhkan tembok kezaliman serta menyalakan harapan bahawa keadilan pasti akan ditegakkan.

“Dari tanah air, doa dan sokongan rakyat Malaysia tidak akan pernah putus. Kita akan terus bersama kalian dan keluarga, memastikan perjuangan ini teguh berdiri hingga selamat tiba ke bumi Gaza,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar sebelum ini berkata, Malaysia di bawah kerangka Malaysia Madani akan sentiasa menyokong perjuangan kemanusiaan sejagat yang membela nasib rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI