PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di tujuh negeri hingga pukul 2 petang hari ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Pahang daerah terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.
“Selain itu, Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau,” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor di Segamat. – KOSMO! ONLINE