PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di lapan negeri hingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Perak di Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Pahang daerah terlibat ialah Bentong dan Temerloh.
“Selain itu, Negeri Sembilan di Seremban dan Port Dickson serta Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka. – KOSMO! ONLINE