fbpx
Dzulkefly berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 di Putrajaya hari ini.

Pesakit kanser payudara meningkat, catat angka tertinggi 2017-2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Trend jumlah pesakit kanser payudara di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara sejak 2007 dengan lonjakan tertinggi direkodkan dalam tempoh 2017 hingga 2021 iaitu sebanyak 29,534 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan statistik kementerian, sebanyak 18,206 kes direkodkan bagi tempoh 2007 hingga 2011, diikuti 21,634 kes antara 2012 hingga 2016, manakala bagi tahun 2022 hingga 2023 sejumlah 12,820 kes.

“Kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita di Malaysia antara 2022 hingga 2023 dengan ASR (age-standardized rate) 38.1 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Lebih membimbangkan, 50.5 peratus kes kanser payudara dikesan hanya selepas pesakit berada di tahap tiga dan empat, menunjukkan kelewatan pengesanan pada peringkat awal,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi ucapannya, Dzulkefly berkata, KKM menyasarkan sekurang-kurangnya 20,000 wanita berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani saringan sepanjang bulan Oktober hingga Disember melalui aktiviti – aktiviti saringan yang telah diatur. – KOSMON ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN