fbpx
Chon Siang (tengah) meninjau pelaksanaan Budi95 di stesen minyak di Jalan Air Putih di Kuantan hari ini.

Pelaksanaan Budi95 di 275 stesen minyak di Pahang lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) di 275 stesen minyak seluruh negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna yang kini menikmati harga petrol lebih murah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang berkata, pemantauan di kesemua 11 daerah mendapati sistem baharu itu diterima baik orang ramai.

“Setakat ini hanya berlaku masalah kecil, seperti pelanggan terlupa menyerahkan MyKad sebelum mengisi minyak atau warga emas yang agak berhati-hati memberikan kad pengenalan mereka.

“Secara keseluruhannya, keadaan terkawal dan tidak menimbulkan kesesakan,” katanya ketika ditemui pada tinjauan di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih di sini hari ini.

Seorang pengguna, Chan Boon Ho, 39, menyifatkan proses Budi95 tidak begitu rumit seperti yang dijangka malah tidak banyak beza seperti kaedah sebelum ini.

“Pada awalnya saya sangka ia boleh menyebabkan kesesakan, tetapi pekerja stesen minyak memberi tunjuk ajar dengan baik. Saya lebih selesa guna e-Dompet kerana boleh semak baki petrol yang layak,” katanya.

Bagi seorang lagi pengguna, Mohamad Bahanuddin, 60, inisiatif itu amat melegakan kerana rakyat kembali menikmati harga petrol di bawah RM2 seliter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI