fbpx
NURUL HUDA (tengah) ditemui dalam sesi lawatannya ke kem latihan skuad ping pong di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini. - MSN MALAYSIA

Malaysia hantar kontinjen terbesar ke Sukan SEA Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT JALIL – Malaysia menghantar kontinjen terbesar ke Sukan SEA Thailand 2025 dengan lebih 1,000 atlet bakal membuat kemunculan pada edisi ke-33 tahun itu yang dijadualkan berlangsung dari 9 Disember hingga 20 Disember depan.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Huda Abdullah berkata, penyertaan itu didorong oleh penganjuran banyak acara berpasukan oleh tuan rumah, sekali gus menyumbang kepada saiz penyertaan kontinjen terbesar setakat ini.

“Ini sebenarnya akan menjadi kontinjen terbesar kerana kita menyertai kesemua 50 jenis sukan kali ini dan kebanyakan daripada sukan dipertandingkan merupakan acara berpasukan.

“Banyak daripada sukan ini tidak berpeluang untuk dipertandingkan dalam dua edisi terakhir Sukan SEA. Kali ini, kita mahu atlet mendapat pendedahan dan memperkukuh kedudukan ranking mereka di peringkat Asia Tenggara.

“Penyertaan atlet ke Thailand juga sebahagian daripada persiapan temasya lebih besar tahun hadapan seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel,” kata Nurul Huda ketika ditemui dalam sesi lawatannya ke kem latihan skuad ping pong di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Legenda renang itu turut berkata, semua atlet negara yang mengambil bahagian pada temasya tersebut diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Institut Sukan Negara (ISN).

“Memandangkan kontinjen kali ini adalah besar dan melibatkan banyak sukan tidak berada di bawah program MSN, ISN juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas semua atlet,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI