fbpx
Kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang yang berlaku pada 27 September lalu.

Laporan kemalangan maut bayi di Plaza Tol Bukit Kajang siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Laporan penuh siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan seorang bayi serta mencederakan tujuh mangsa di Plaza Tol Bukit Kajang baru-baru ini telah disiapkan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya turut melengkapkan semakan semula Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat pengendali lori terbabit.

Menurutnya, dokumen berkenaan akan dihantar kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada hari ini bagi tindakan lanjut.

“Siasatan sudah selesai sepenuhnya, audit juga telah dilaksanakan terhadap syarikat. Laporan tersebut akan diserahkan kepada menteri hari ini sebelum beliau membuat pengumuman,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan maut manakala tujuh lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah lori yang mempunyai masalah brek dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi, 27 September lalu.

Pemandu lori berusia 42 tahun itu mengaku melompat keluar dari kenderaan berat sebelum nahas tragik tersebut.

Siasatan polis sebelum mendapati kali terakhir lori tersebut diselenggara adalah pada April lalu.

Ketika ditanya mengenai saranan aktivis keselamatan jalan raya dan pengangkutan mampan, Shahrim Tamrin agar pihak berkuasa segera mengheret syarikat pengangkutan yang cuai ke mahkamah, Muhammad Kifli menegaskan kenyataan berkaitannya akan dikeluarkan Antony Loke nanti.

“Menteri akan keluarkan kenyataan itu, sebab kita akan buat (pelaksanaan kepada pemilik kenderaan komersial tidak memasang) peranti had laju (SLD) bermula hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI