fbpx
MOURINHO (kanan) menerima sambutan baik bukan sahaja daripada penyokong, malah pemain Chelsea sendiri di Stamford Bridge awal pagi tadi. - AFP

Kepulangan Mourinho berakhir duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tiada kenangan manis buat Jose Mourinho dalam kepulangannya ke Stamford Bridge selepas pasukannya, Benfica tewas 0-1 kepada Chelsea pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Mourinho pernah meraih pelbagai kejayaan di gelanggang keramat itu, namun kekecewaan kali ini lebih perit apabila pemainnya, Richard Rios menjaringkan gol sendiri untuk mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah.

Walaupun tewas, Mourinho menjelaskan beliau masih lagi bermotivasi untuk mencari kejayaan dalam kariernya sebagai pengurus bola sepak.

“Kami sebenarnya berjaya memulakan perlawanan dengan baik tetapi saya tidak tahu sama ada boleh mengatakan kami memiliki peluang terbaik. Tetapi saya pasti kami sebenarnya memiliki peluang untuk menang.

“Jika inilah kerja saya, pastinya sukar untuk meletakkan diri saya di kedudukan ini. Boleh dikatakan saya terdesak untuk memenangi perlawanan selepas ini,” katanya.

Walaupun hadir sebagai pengendali pasukan lawan, Mourinho tetap menerima sambutan baik daripada para penyokong sebagai penghargaan selepas membantu Chelsea menjuarai tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pelbagai lagi kejuaraan lain.

Malah, sehingga kini masih belum ada pengurus yang mampu menyaingi rekodnya biarpun pengendali semasa Chelsea, Enzo Maresca berjaya menghadiahkan gelaran Piala Kelab Dunia 2025.

“Adakalanya kami terpaksa memenangi perlawanan dengan cara berbeza, kali ini kami belajar untuk menang selepas satu layangan kad merah,” kata Maresca yang sekali lagi berdepan situasi kad merah dilayangkan kepada Joao Pedro di penghujung perlawanan.

Ini adalah perlawanan ketiga Chelsea menamatkan aksi dengan satu kad merah selepas Robert Sanchez menentang Manchester United dan Trevoh Chalobah berdepan Brighton yang mana kedua-duanya berakhir kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI