fbpx
TRAK dinaiki tujuh anggota tentera yang terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar hari ini.

Identiti anggota tentera maut nahas trak jatuh gaung dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Anggota tentera yang maut selepas trak dinaiki bersama enam anggota lain terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini petang tadi, dikenal pasti sebagai Ruzaimi Md Shariff.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin ketika dihubungi memaklumkan mayat anggota tentera terbabit telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat.

“Lain-lain perkara masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai nahas itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, sebuah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dinaiki tujuh anggota terbabas sendiri sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 6 meter.

Kemalangan selepas Terowong Menora itu berlaku di laluan berselekoh dan menuruni bukit ketika hujan.

Difahamkan, ketika kejadian, trak tentera itu dipercayai dalam perjalanan dari Kem Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2RRD) Ipoh menuju ke Kem Batalion Kesembilan RRD di Taiping.

Nahas tersebut turut mengakibatkan enam yang lain termasuk pemandu trak cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI