fbpx
Datuk Noor Azman Rahman (tengah).

Hukuman FIFA: FAM kunci mulut, tunggu keputusan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan baharu berhubung isu keputusan penggantungan yang dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) minggu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, badan induk pentadbir bola sepak negara itu masih lagi menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA

“FAM ingin memaklumkan bahawa pada ketika ini tiada sebarang perkembangan baharu berhubung isu keputusan penggantungan oleh FIFA.

“FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA.

“Proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman tersebut diterima.

“Sehubungan itu, pihak FAM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkembangan lanjut sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebelum ini, FIFA menghukum tujuh pemain warisan Harimau Malaya dengan menggantung setahun dan turut diarahkan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000) setiap seorang.

Tujuh permain itu ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI