BEBERAPA tahun lalu, nama Muhammad Fathy Rashad terpampang di dada-dada akhbar kerana kejayaannya bergelar pelajar paling muda yang mendaftar masuk ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) iaitu ketika berusia 16 tahun. Didorong rasa ingin tahu dan meneroka peluang belajar dalam industri Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), remaja yang mesra disapa Fathy itu sanggup belajar sendiri untuk menduduki ujian International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) ketika berusia 14 tahun. Lebih setahun kemudian, Fathi bergelar pelajar asasi di UTP dan berjaya……