fbpx
ODEGAARD membawa perubahan besar buat Arsenal ketika mencipta kemenangan ke atas Newcastle pada Ahad lalu.

Arsenal tagih sentuhan magis Odegaard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard dijangka kembali membarisi kesebelasan utama menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Olympiakos di Emirates awal pagi esok.

Ia berdasarkan prestasi positif ditunjukkan Arteta selepas dimasukkan pada minit ke-82 ketika menewaskan Newcastle United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park pada Ahad lalu.

Biarpun dikatakan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu, namun arkitek tengah Norway itu magisnya memainkan watak penting dalam kebangkitan dramatik ke atas Newcastle.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji impak dipamerkan Odegaard seakan menjadi isyarat bahawa bintang berusia 26 tahun itu akan memulakan perlawanan menentang Olympiakos.

Ia turut diakui pengendali Newcastle, Eddie Howe yang mendakwa kemasukan Odegaard secara tidak langsung telah mengubah rentak perlawanan tersebut

“Kemasukan Odegaard mengubah Arsenal. Saya fikir dia membawa perbezaan dalam aksi ini kerana mereka berjaya memecahkan benteng pertahanan kami,” kata Howe.

Selain Odegaard, Mikel Merino yang meledak gol penyamaan ke atas Newcastle dijangka diturunkan terlebih dahulu dengan menggantikan tempat Declan Rice.

Sebagai rekod, Arsenal bermula langkah kanan dalam kempen UCL musim ini menerusi kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao dua minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN