fbpx
UMAR menunjukkan trofi dan replika cek sebagai Anugerah Olahragawan Harapan Johor pada Majlis ASJ31 malam kelmarin. - RAJA JAAFAR ALI

Anugerah bakar semangat Umar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMENANG Anugerah Olahragawan Harapan Johor pada Majlis Anugerah Sukan Johor ke-31, Umar Osman bertekad untuk memperbaharui rekod peribadi dengan melakukan larian di bawah 46 saat (s) bagi acara 400 meter (m).

Umar yakin di bawah tunjuk ajar jurulatihnya, Simon Low mampu membantu dirinya untuk memecahkan rekod 400m kebangsaan 46.09s diciptanya pada temasya Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China dua tahun lalu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 itu turut meletakkan sasaran lebih tinggi untuk bertanding dalam temasya sukan yang lebih berprestij.

“Kemenangan ini membakar semangat saya untuk meraih kejayaan pada Sukan SEA Thailand pada Disember ini. Saya juga bertekad untuk memperbaharui rekod larian tahun ini, mungkin cuba lakukan masa bawah 46 saat.

“Latihan bersama jurulatih tertumpu kepada pecutan 100m terakhir dalam acara 400m,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis ASJ31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru malam kelmarin..

Tambah Umar, buat masa ini tidak ada pertandingan yang disertai dalam masa terdekat dan banyak menghabiskan masa menjalani latihan di Kluang, Johor.

Pelajar tahun akhir di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang itu masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat usai tamat pengajian diplomanya.

“Saya juga berharap untuk melangkah jauh dalam sukan olahraga di pentas yang lebih besar seperti Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik. Insya-Allah, saya cuba dapatkan sasaran itu langkah demi langkah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI