fbpx
Orang ramai memanfaatkan subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.60 seliter menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) ketika tinjauan di stesen minyak di Ampang semalam. - SYAKIR RADIN

Akhirnya dapat beli minyak bawah RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rakyat seluruh negara meraikan hari yang paling ditunggu-tunggu apabila mereka menikmati inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) yang membolehkan pengisian minyak petrol pada harga RM1.99 seliter.

Hasil tinjuan mendapati, rata-rata pengguna melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif yang memberi manfaat kepada semua.

Di Kuala Lumpur, seorang pemandu peribadi, Haris Saad, 40 berkata, had 300 liter yang ditetapkan kerajaan sebenarnya sudah mencukupi.

“Untuk 300 liter sudah cukup untuk kami. Dapat juga jimatkan sebahagian perbelanjaan minyak kereta,” katanya.

Pelajar universiti, Nurin Adriana Zaha Zainal Arifin, 24, pula mengakui pelaksanaan subsidi ini memberi banyak penjimatan dalam kehidupan hariannya.

“Saya baru lepas isi RM30 dan duit lebihan yang ada boleh guna untuk belanja makan di kampus.

“Bagi saya subsidi ini bagus sebab ia hanya difokuskan kepada warganegara,” katanya.

Di Pontian, Johor, penduduk luar bandar turut menikmati Budi95 dengan rasa syukur apabila ramai mula mengunjungi stesen-stesen minyak.

Penduduk Kampung Serkat, Sanusi Ahmad, 71, berkata, Budi95 ini dapat dinikmati bukan hanya kepada warga emas se­pertinya, tetapi juga semua rakyat yang layak termasuk orang muda.

“Alhamdulillah dengan 10.05 liter minyak yang dibeli, saya boleh gunakan bukan hanya untuk motosikal, tetapi juga untuk minyak mesin pemotong rumput,” katanya.

Di Putrajaya, Muhammad Naieem Mohd. Sabry berkata, jumlah belanja minyak yang digunakannya jika ditukar kepada liter menerusi program Budi95 adalah bersamaan 50 liter sebulan.

Justeru katanya, had 300 liter sebulan yang diberikan kerajaan menerusi Budi95 jauh mencukupi untuknya sekeluarga.

“Saya menetap di kuarters kerajaan di Presint 18 dan jarak antara rumah ke tempat kerja hanya sekitar dua kilometer.

“Penduduk Putrajaya khususnya penjawat awam beruntung kerana jarak antara rumah dan tempat kerja dekat,” katanya.

Di Kota Bharu, seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menikmati penjimatan sebanyak RM18 menerusi program Budi95 selepas mengisi penuh tangki minyak keretanya.

Suruni Che Hussin, 52, berkata, sebelum ini, dia mengisi penuh petrol RON95 pada Pero­dua Viva miliknya sebanyak RM60 dan jumlah itu berkurang kepada RM42 selepas menggunakan Budi95.

“Subsidi petrol menerusi Budi95 dapat memberi banyak penjimatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Di Kangar, Saiful Azim Rosli, 38, yang mengambil upah memotong rumput dan membersihkan kawasan berkata, dia bersyukur kerana dapat menikmati subsidi RON95.

“Alhamdulillah, bila harga petrol turun, ada juga lebihan pendapatan untuk dijadikan pu­singan modal minyak mesin dan motosikal.

“Golongan pekerja macam kami yang mengambil upah menebas memang sangat bergantung kepada bahan bakar. Bila harga petrol turun, ada lebihan dalam tangki mesin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN