fbpx
Antara video memaparkan ratusan penduduk menantikan ketibaan konvoi misi kemanusian.

[VIDEO] Ratusan penduduk Palestin setia menanti konvoi Sumud Flotilla tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ratusan penduduk Palestin setia menanti ketibaan konvoi misi kemanusiaan antarabangsa, Global Sumud Flotilla, yang kini sedang belayar menuju ke wilayah bergolak itu.

Menerusi beberapa video yang dikongsi di media sosial, ratusan penduduk membanjiri pesisir pantai Gaza sejak semalam bagi menantikan ketibaan konvoi tersebut.

Orang ramai yang berkumpul rata-ratanya ada yang mengibarkan bendera Palestin selain menyanyi mendoakan keselamatan flotila berkenaan.

Terdahulu, flotila tersebut membawa puluhan kapal dengan peserta dari lebih 40 negara.

Seramai 34 sukarelawan Malaysia turut menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Bagaimanapun, perjalanan mereka tidak mudah apabila beberapa kapal dilaporkan diganggu dron selain ada yang mengalami masalah seperti kerosakan pada enjin kapal.

Semua kapal pelayaran dilaporkan telah pun masuk ke zon kuning menuju Gaza serta dijangka berdepan dengan kemungkinan ancaman Zionis. – KOSMO! ONLINE

@s.u.a.r.a.g.a.z.a♬ الصوت الأصلي – Abdo Tawfek || عبدو توفيق

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI