fbpx
Tangkap layar hantaran Hazwani Helmi di Instagram.

[VIDEO] Radio dipintas sebelum kapal peserta Sumud Flotilla karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi berkongsi pengalaman mencemaskan apabila radio kapal yang dinaikinya tiba-tiba dipintas dengan lagu, beberapa jam sebelum ia karam.

Menerusi hantaran di Instagram, Hazwani berkata lagu Natural Mystic Bob Marley kedengaran secara tiba-tiba melalui radio ketika mereka berada di dalam bot pagi semalam.

“Beberapa jam kemudian, kapal kami masuk air. Mungkin kebetulan, tapi kami yakin dengan kuasa Allah. Team kita kekal sumud, insya-Allah,” tulisnya.

Menurut Hazwani, lagu sama pernah dipasang pada bot lain yang turut berdepan pintasan radio sebelum ini.

Katanya, tindakan itu dipercayai sebagai bentuk perang psikologi untuk melemahkan semangat pasukan misi kemanusiaan.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian ramai netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat.

“Allah maha berkuasa. Teruskan perjuangan kalian. Allah bersama kalian,” kata pengguna, @Winnieazman.

“Ya Allah, kau lindungilah mereka agar selamat sampai ke Gaza. Kekal sumud,” ujar @Fauziaho.

“Insya-Allah, ada beribu mungkin berjuta yang mengangkat tangan berdoa untuk keselamatan sumud. Insya-Allah selamat sampai ke Gaza dan selamat kembali ke tanah air,” komen @Farahodin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI