fbpx
UMAR menunjukkan trofi Anugerah Olahragawan sempena Majlis ASJ ke-31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, semalam. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

Umar sasar pecah rekod peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pemenang Anugerah Olahragawan Harapan Johor pada Majlis Anugerah Sukan Johor ke-31, Umar Osman bertekad untuk memperbaharui rekod peribadi dengan melakukan larian di bawah 46 saat (s) bagi acara pecut 400 meter.

Umar berkata, beliau yakin di bawah tunjuk ajar jurulatih Simon Low mampu membantu dirinya untuk memecahkan rekod 46.09s yang direkodkan dalam saringan separuh akhir ketiga acara 400 meter Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China, Ogos 2023.

Pemenang emas di Sukan Sea Kemboja 2023 itu turut meletakkan sasaran yang lebih tinggi untuk bertanding dalam temasya sukan yang lebih berprestij.

“Kemenangan ini membakar semangat saya untuk meraih kejayaan pada Sukan SEA di Thailand pada Disember ini. Saya juga bertekad untuk memperbaharui rekod larian pada tahun ini, mungkin saya akan cuba lakukan rekod di bawah 46 saat.

“Latihan bersama jurulatih Simon Low tertumpu kepada pecutan 100 meter terakhir dalam acara 400 meter,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis ASJ31, malam semalam.

Tambah Umar, buat masa ini tidak ada pertandingan yang disertai dalam masa terdekat dan banyak menghabiskan masa menjalani latihan di Kluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI