fbpx
PU Rahmat.

Sumud Flotilla: Semua masih tenang, indah – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, sudah separuh malam dan semuanya masih indah dan tenang,” kata pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat.

Beliau memuat hantaran pada pagi ini berhubung keadaan terkini sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang mana mereka telah melepasi zon kuning.

“Semua kapal berjaya melepasi zon kuning dan kapal tentera laut Turkiye masih bersama kami,” katanya pada hantaran di Facebook pagi ini.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan, sebanyak tiga kapal yang terlibat dalam misi Global Flotilla Flotilla sudah memasuki zon kuning perairan antarabangsa, sekali gus menandakan fasa kritikal dalam pelayaran mereka ke Gaza.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! pada laman ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker’ Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), setakat pukul 9.30 malam tadi, kapal Alma antara yang berada di hadapan.

Sebanyak 47 bot menyertai misi berkenaan setakat ini dengan purata kelajuan 5.0 knot kira-kira 1.852 kilometer sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN