fbpx
Anwar mengadakan lawatan bagi melihat perkembangan Misi Global Sumud Flotila Sumud Nusantara di MAPIM Malaysia Central Warehouse, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Malaysia bantah keras, hubungi rakan antarabangsa jika Sumud Flotilla dipintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Malaysia bertekad memulakan bantahan secara keras dan menyeluruh sekiranya konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dijangka memasuki zon merah pada pukul 7 malam esok dipintas oleh Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama, beliau akan menghubungi rakan-rakan negara antarabangsa lain bagi mengusulkan pendamaian terhadap Palestin.

“Kita akan memulakan bantahan secara keras dan menyeluruh dan saya akan hubungi sedaya upaya semua rakan-rakan termasuk negara yang mengemukakan usul (pendamaian) selain daripada yang penting (seperti) Itali, Sepanyol dan Turkiye.

“(Selain itu) dengan hubungan negara China dan kemudian kita lihat keupayaan ikhtiar yang dikemukakan oleh Perancis dan Arab Saudi dan kita juga hubungi mereka kerana mahu usulkan pendamaian,”’katanya pada sidang akhbar di Sumud Nusantara Command Center di sini tadi.

Terdahulu, Anwar menyertai tele-sidang bagi berinteraksi dengan 34 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi GSF yang kini memasuki zon kuning 2 sebelum dijangka tiba di zon merah pada pukul 7 malam esok.

Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober disifatkan penting bagi memastikan penyelesaian lebih adil.

“Tentunya saya harap pertemuan dengan Donald Trump dan ini dikemuncaknya (Sidang Kemuncak ASEAN), kerana kalau ada penyelesaian yang agak berkesan walaupun tidak sepenuhnya memuaskan kita.

“Yang kita minta awal sekali hentikan serangan ganas ke atas Palestin, jamin kemerdekaan mereka dan kemudian segera bantuan kemanusian serta perubatan ke Palestin.

“Dan ini bagi saya mengapa kita katakan hubungan dengan negara-negara barat dan Arab itu penting termasuk Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan beberapa negara antarabangsa menyokong usul cadangan Trump bagi mengakhiri perang di Gaza, Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan jemaah menteri secara teliti.

“Kita sekarang teliti dan lihat sekalian kebanyakan negara Arab itu bersetuju, kepada mereka yang penting adalah hentikan keganasan dan jamin kemerdekaan Palesti dan segerakan bantuan kemanusiaan.

“Yang lain terperinci itu masih dirundingkan dan beberapa perincian kita baru dapat pagi tadi, saya akan bawa kepada jemaah menteri untuk bincang secara teliti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI