fbpx
EKITIKE (kanan) akan kembali membarisi kesebelasan utama Liverpool menentang Galatasaray awal pagi esok. - AFP

Liverpool tekad bangkit pulih maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Liverpool tidak sanggup kekalahan pertama musim ini menjadi detik malang buat juara Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Galatasary awal pagi esok.

Sebaliknya, The Reds mahu menjadikan kekalahan perit 1-2 di saat-saat akhir kepada Crystal Palace di Selhurst Park pada Sabtu lalu sebagai pembakar semangat untuk mereka bangkit mengubati kekecewaan tersebut.

Kepulangan penyerang, Hugo Ekitike yang digantung perlawanan menentang Palace, pastinya bakal menjadi taruhan utama untuk merobek gawang Galatasaray di RAMS Park, Istanbul nanti.

“Kami hanya boleh salahkan diri sendiri terhadap cara kami bertahan. Salah seorang pemain meninggalkan posisinya semata-mata kerana mahu melakukan serangan balas. Ia tiada guna kerana sudah tiada masa.

“Jadi saya harap kelemahan-kelemahan seperti ini tidak berulang untuk aksi seterusnya. Saya juga mahu melihat prestasi yang lebih bagus daripada semua pemain,” kata pengurus Liverpool, Arne Slot.

Selain itu, duo penggempur Liverpool, Florian Wirtz dan Alexander Isak perlu menunjukkan prestasi yang lebih bagus jika mahu membawa pulang tiga mata dari Turkiye dalam pertembungan getir tersebut.

Ini disebabkan Galatasaray berada pada momentum terbaik menerusi tujuh kemenangan daripada lapan aksi terakhir termasuk menewaskan Alanyaspor 1-0 hasil jaringan tunggal Mauro Icardi.

Bukan itu sahaja, penggempur terbaik mereka, Victor Osimhen juga dijangka kembali beraksi selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen pergelangan buku lali kaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN