fbpx
Sekumpulan kapal GSF berlabuh di pulau kecil Koufonisi, selatan pulau Crete pada 26 September lalu. - AFP

Kapal perang Turkiye lindungi Global Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Dua kapal perang Tentera Laut Turkiye telah mula mengiringi Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini pelayarannya berada pada jarak tiga hari dari Semenanjung Gaza, lapor laman berita Nova News semalam.

Menurut penganjur, kapal-kapal itu menghubungi flotila untuk mengesahkan keperluan mereka dan menjanjikan sokongan serta perlindungan semasa pelayaran, lapor portal berita Tousi TV.

Setakat ini, tiada pengesahan daripada pegawai Turkiye atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menggariskan peraturan penglibatan tersebut, lokasi pengiring yang tepat atau sama ada ia adalah isyarat simbolik atau perlindungan aktif.

GSF yang terdiri daripada lebih 50 bot awam, telah pun menghadapi pelbagai ancaman dan gangguan dron semasa perjalanannya.

Sementara itu, Turkiye memindahkan penumpang dari sebuah kapal GSF di Laut Mediterranean semalam, lapor agensi berita Anadolu. 

Kapal bernama Johnny M itu berada di segi tiga antara Crete, Cyprus dan Mesir apabila membuat panggilan radio pada awal pagi.

Kru melaporkan bahawa bahagian enjinnya dimasuki air. 

Aktivis dari Luxembourg, Perancis, Finland, Mexico dan Malaysia berada di atas kapal berkenaan. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram, GSF menekankan bahawa pemindahan berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kasih kepada penyelarasan pantas kerajaan Turkiye serta sumbangan Bulan Sabit Merah di lapangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN