fbpx
Along (kiri) mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap bekas isterinya, Afreena Suhaimi berhubung kehilangan wang milik peribadi.

Hilang RM12,000, Along Cham pertimbang buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pelawak Along Cham mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap bekas isterinya, Afreena Suhaimi berhubung kehilangan wang milik peribadi yang didakwa mempunyai kaitan dengan wanita itu.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, berkata, pengesahan perceraian mereka membuktikan dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikan.

“Selepas ditahan di Penjara Sungai Buloh, saya buat laporan berhubung kecurian duit hampir RM12,000 tetapi Timbalan Pendakwa Raya maklumkan hubungan kami masih suami isteri, jadi dia ada hak ambil duit suami.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut). Memandangkan ketika Jun tahun lalu kami sebenarnya sudah bercerai, mungkin saya boleh buat semula laporan kecurian duit kerana talak jatuh sebelum saya ditahan (kes barangan terlarang).

“Harap boleh dapat balik hak saya dan perceraian ini bagi kelegaan untuk buka semula kes tersebut,” katanya selepas prosiding pengesahan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Terdahulu, pada Januari lalu Along juga pernah mendakwa Afreena menyeleweng wang sumbangan orang ramai mencecah RM100,00 yang sepatutnya digunakan untuk membantunya sepanjang ditahan atas dakwaan memiliki dadah pada akhir tahun lalu.

Dakwaan dibuat pelakon filem Adnan Semp-it itu sehari selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah yang disyaki kanabis.

Susulan tuduhan dilemparkan, Afreena membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mendakwa dia menjadi mangsa penipuan seorang wanita dikenali sebagai lka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI