fbpx
FAIZAL (tengah) menjadi sandaran Terengganu untuk memastikan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak kali ini terus kekal milik mereka.

Faizal taruhan THT pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN hoki Terengganu (THT) mengintai peluang mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak apabila edisi 2025 membuka tirai pada 1 hingga 11 Oktober ini.

Ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom berkata, skuad kali ini tampil dengan kombinasi berbeza selepas kehilangan tujuh pemain utama termasuk Fitri Saari yang terikat dengan persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, Harfizi tetap yakin kekuatan pasukan masih seimbang dengan kehadiran penyerang berpengalaman, Faizal Saari yang diharapkan mampu menjadi tonggak utama.

“Insya-Allah dengan pengalaman dan pencapaian Faizal sebelum ini, dia boleh membantu membimbing pemain muda yang baru masuk ke dalam pasukan,” katanya ketika sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Harfizi menegaskan kehilangan tonggak utama bukan alasan kerana saingan kali ini dijangka lebih sengit dengan setiap pasukan negeri menurunkan barisan berkualiti.

“Kelebihan bukan pada kita sahaja kerana pasukan lain seperti Pahang dan Perak juga ada kekuatan masing-masing. Jadi kita jangka saingan sangat sengit pada edisi kali ini,” jelasnya.

Mengulas sasaran, jurulatih itu turut menjelaskan fokus utama adalah mempertahankan kejuaraan, selain memberi pendedahan berguna kepada kelompok pemain muda THT.

“Insya-Allah kita cuba pertahankan kejuaraan. Pada masa sama kita mahu bina pemain-pemain muda Terengganu supaya mereka jadi tunjang pasukan pada masa depan,” katanya.

Tambahnya lagi, kejayaan merangkul tiga gelaran pada awal musim termasuk Liga Hoki Malaysia dijadikan tonik terbaik untuk kekal konsisten di pentas Piala Tun Abdul Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN