fbpx
Afiq (kanan) membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai RM7,000. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Bintang JDT dinobat Olahragawan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail menyifatkan kejayaan merangkul Anugerah Olahragawan Johor pada Majlis Anugerah Sukan Johor ke-31 (ASJ31) Tahun 2025, semalam sebagai hadiah hari lahir terbaik buat dirinya.

Afiq menjadi tulang belakang skuad Harimau Selatan ketika membantu pasukan memenangi kejuaraan quadruple (empat piala) semusim pada tahun 2023 dan 2024.

Anak jati Pontian itu berkata, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah berprestij itu memandangkan dirinya terlibat dalam sukan berpasukan.

“Alhamdulillah, pertama sekali saya rasa bersyukur lah dengan apa yang saya dapat ini. Tak sangka terima anugerah ini, ia jadi sangat bermakna apabila menerimanya pada hari lahir saya.

“Satu kata-kata untuk atlet-atlet Johor yang lain, jangan mudah berputus asa kalau nak terus berjaya. Bukan mudah nak berjaya, ada jatuh bangun, jadi kena cekal dan kuat,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Anugerah Olahragawati Johor menjadi milik Tee Ai Xin yang memenangi pingat perak dalam acara ping pong wanita di SEA Games 2023 Kemboja dan memenangi emas dalam acara beregu wanita di  Kejohanan Table Tennis Asia Tenggara 2024 (Bangkok).

Dalam majlis sama, Umar Osman dan sukan olahraga menerima Anugerah Olahragawan Harapan Johor manakala Dania Sofea Zaidi daripada sukan badminton meraih Anugerah Olahragawati Harapan Johor.

Anugerah Pasukan Lelaki terbaik dimenangi oleh JDT manakala Anugerah Pasukan Wanita Terbaik dimenangi Pasukan Bola Keranjang Wanita Negeri Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN