fbpx
Chrigor Moraes (tengah) dijangka menjadi sandaran penting buat Selangor FC pada aksi bertemu Lion City Sailors, esok.

ACL2: Gergasi Merah sedia gempur kelab Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH interim Selangor FC, Christophe Gamel mengakui pasukan terdesak untuk melakar kemenangan ke atas Lion City Sailors dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Singapura esok jika mahu lolos ke pusingan kalah mati.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah tewas pada aksi pertama Kumpulan G kepada Bangkok United dengan kekalan 2-4, awal bulan ini.

Gamel yang baru dilantik menggantikan jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi menganggap sasaran untuk ke pusingan seterusnya masih lagi realistik tetapi pemain perlu berikan yang terbaik.

“Keutamaan kita sekarang adalah untuk pasukan Selangor. Saya tidak tahu sama ada kita boleh menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama atau kedua kerana kita tidak mengutip sebarang mata ketika ini.

“Justeru, saya rasa pasukan perlu memanfaatkan peluang (untuk menang) esok kerana ia adalah perlawanan yang penting.

“Meskipun hanya membentuk pasukan ini kurang daripada empat hari, saya percaya pemain cukup bermotivasi dan faham dengan falsafah bola sepak yang cuba saya terapkan,” kata pengendali kelahiran Perancis pada sidang media hari ini.

Sementara itu, tonggak Selangor FC, Nooa Laine menyeru agar pasukan menggandakan usaha untuk melakar kemenangan sekali gus membalas semula kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan.

“Kita tiada masa untuk sesuaikan diri kerana apa yang penting ketika ini pasukan kekal fokus dan berikan yang terbaik. Kita kena ikut apa yang jurulatih sudah rencanakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI