fbpx
ADLY ZAHARI ( dua kiri) menyampaikan plak bantuan keusahawanan kepada seorang penternak ikan sangkar Sungai Pahang, Norizan Johari di Pengsenam, Temerloh hari ini.

3,000 veteran tentera ceburi keusahawanan setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Sebanyak 3,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia setiap tahun memilih untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua selepas mengikuti latihan pra-persaraan.

Jumlah itu mewakili 70 peratus daripada 5,000 peserta latihan yang disediakan kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), sekali gus membuktikan majoriti bekas anggota tentera bersedia berdikari dalam sektor tersebut.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, peralihan veteran ke bidang perniagaan bukan sahaja membuka sumber pendapatan baharu, malah berperanan meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

“Kita lihat ramai veteran memilih keusahawanan kerana ia lebih fleksibel dan memberi peluang untuk menjana pendapatan sendiri.

“Latihan pra-persaraan yang disediakan meliputi kemahiran teknikal, pengurusan kewangan dan pemasaran supaya mereka tidak terputus arah selepas tamat perkhidmatan,” katanya selepas menghadiri Program Peduli Veteran Madani di Kampung Pangsenam, di sini hari ini.

Menurutnya, JHEV turut menyediakan bimbingan susulan, geran sokongan serta jaringan pemasaran melalui kerjasama dengan pelbagai agensi agar usahawan veteran kekal mampan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN