fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Zara Qairina peramah, tidak tunjuk ada masalah mental – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak kelima memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa tindakan pelajar senior memarahi atau menegur secara keras merupakan budaya biasa dalam kalangan pelajar asrama.

Peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Sahlan Jufri berkata, berdasarkan keterangan, saksi mengatakan pelajar junior perlu melalui pengalaman itu apabila berada di asrama.

“Saksi menyebut pelajar junior melalui pengalaman tersebut kerana mereka sebagai pelajar senior sebelum ini juga mengalaminya,” katanya mengulas perkembangan prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, yang memasuki hari ke-16 pada hari ini.

Peguam berkata saksi ke-13 inkues terbabit juga menyatakan dia rapat dengan geng ‘Circle 19’ iaitu 19 pelajar yang sering melakukan aktiviti bersama.

Menurutnya, saksi juga memaklumkan kata-kata kasar seperti ‘bodoh, sial’ yang digunakan oleh salah seorang ahli Circle 19 terhadap Zara Qairina adalah bersama kawan-kawannya.

“Saksi juga mengambil inisiatif untuk mengenal pasti guru yang merampas telefon bimbit seorang pelajar pada pagi kejadian kerana penggunaan telefon tidak dibenarkan di ‘dorm’.

“Saksi itu menegaskan Zara Qairina adalah seorang pelajar ceria, peramah dan tidak menunjukkan tanda masalah mental atau tekanan emosi sebelum kejadian,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI