fbpx
Gambar hiasan.

Zara menangis dimarahi pelajar senior dalam dorm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak keenam memaklumkan Mahkamah Koroner hari ini bahawa dia merasakan punca Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama ada kaitan dengan tuduhan mencuri.

Peguam yang mewakili ibu Zara memaklumkan, saksi ke-14 inkues itu turut menceritakan apa yang berlaku pada malam 15 Julai lalu iaitu sebelum arwah ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama.

Menurutnya, dalam keterangan kanak-kanak berkenaan melihat arwah Zara masuk ke bilik asramanya pada pukul 10.20 malam untuk berjumpa seorang pelajar senior.

“Saksi ini memberitahu mahkamah bahawa Zara dipanggil untuk dua kes kecurian kehilangan dompet. Saksi terdengar perbualan isu kecurian disebut namun tidak jelas.

“Beberapa ketika kemudian empat senior termasuk dua pelajar senior yang dikenali pelajar tersebut masuk ke ‘dorm’ untuk berjumpa Zara. Saksi mendengar suara kuat seperti memarahi Zara tetapi tidak dapat pastikan siapa yang bercakap,” katanya.

Menurut peguam itu, saksi menyatakan bahawa Zara keluar dari bilik asramanya dalam keadaan menangis pada kira-kira pukul 11 malam.

“Itu adalah kali terakhir saksi melihat Zara pada malam kejadian. Saksi juga berkata dia ada menghantar surat privasi Zara ke ‘dorm’ Zara dan ada pelajar yang juga menjadi saksi dan ahli ‘dorm’ Zara menerima surat tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Koroner Amir Shah Amir Hassan turut bertanya beberapa soalan kepada saksi iaitu mengenai penyerahan sepucuk surat daripada saksi itu kepada pelajar yang juga ahli ‘dorm’ arwah Zara Qairina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI