PETALING JAYA – Seorang peniaga menggunakan taktik pemasaran di tengah Sungai Nil di Mesir dengan menyasarkan pelancong dalam sebuah kapal pelayaran membuatkan ramai orang mengaguminya.
Peniaga itu yang menaiki sebuah sampan tidak putus asa mempromosikan kain dan sejadah di tengah-tengah sungai itu tanpa gentar.
Tular di media sosial memaparkan seorang peniaga kain menaiki sampan di Sungai Nil, Mesir mengikuti sebuah kapal pelayaran.
Rakaman video yang dimuat naik pengguna media sosial, @Kellystravel berkata, jurujual terbaik di dunia memperlihatkan peniaga tersebut menunjukkan beberapa jenis kain kepadanya.
“Saya akhirnya membeli dua helai baju berharga £50 (RM210.65) daripada mereka,” menurutnya di ruangan komen video berdurasi 1 minit 26 saat itu.
Peniaga bersama rakannya itu turut mencari kain yang sesuai dengan permintaan pelanggan, malah meminta wanita tersebut untuk menghubungi sekiranya berminat dengan mana-mana barang lagi.
Situasi ini membuatkan ramai yang kagum dengan cara peniaga tersebut yang sanggup menjual walaupun berada di atas sampan.
“Beli sajalah satu, peniaga itu tengah berusaha di tengah laut untuk cari rezeki bagi anak-anaknya,” kata Smith.
“Kasihan dia, saya sanggup hulur sedikit duit hanya kerana sanggup berniaga menaiki sampan,” komen @Cleanzee
“Lelaki menghadapi kesusahan dunia setiap hari untuk melindungi dan menyara keluarga mereka. Keberanian itu wajar diberi penghormatan,” kata Ash. -KOSMO! ONLINE
@kellystravel Shopping on the Nile #nile #nilecruise #rivercruise #egypt #sales ♬ оригинальный звук – Imperial Orchestra