fbpx
Mohd. Dusuki ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena Perayaan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

Timbalan Pendakwa Raya SPRM terlibat dadah ditempatkan sementara di Jabatan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan selepas disyaki memiliki dadah bakal ditempatkan di Jabatan Peguam Negara sementara menunggu siasatan kes tersebut selesai.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, tindakan lanjut terhadap Timbalan Pendakwa Raya itu bakal ditentukan kemudian berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

“Kita akan lihat hasil siasatan terhadap dakwaan pengambilan dadah itu. Sekarang ini, kita sudah memindahkan individu itu sementara ke Jabatan Peguam Negara dan siasatan masih berterusan.

“Kita kena tunggu keputusan ujian urin, bukti pemilikan dadah dan sebagainya sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena Perayaan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Mohd. Dusuki memberitah, Timbalan Pendakwa Raya itu tidak akan menjalankan sebarang tugas atau kerja khusus sepanjang ditempatkan sementara di Jabatan Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI