fbpx
Saiful (kiri) mendoakan agar anaknya, Amad sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.

‘Susah jumpa Amad, babah doakan semua berjaya dunia akhirat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Saya tak mahu menganggu emosi anak-anak. Tunggulah lepas habis Talk To My Manager (TTMM) nanti.”

Itu respons bapa kepada Amad Dayyan iaitu Saiful Anuar saat ditanya tentang kemelut yang sedang melanda dalam keluarganya.

Menurut Saiful, apa yang penting sekarang dia mahu anaknya fokus untuk memberikan yang terbaik menjelang konsert akhir TTMM Ahad nanti.

“Buat masa ini saya tak boleh nak jawab lagi tentang soalan ini. Saya nak jaga hati anak-anak dan semua pihak,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert separuh akhir, di sini, semalam.

Tambah Saiful lagi, saat sesi temubual bersama media ini dilakukan, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan Amad.

“Kali terakhir saya jumpa dengan Amad adalah ketika konsert minggu keempat. Tetapi kami ada berhubung melalui panggilan telefon.

“Susah nak berjumpa dengan Amad dan anak-anak saya yang lain kerana saya tinggal di Kuantan. Saya hanya berkesempatan bertemu mereka jika datang ke konsert,” jelasnya.

Ditanya apakah harapannya terhadap Amad yang berjaya melangkah ke peringkat akhir, kata Saiful doanya sentiasa mengiringi perjalanan anak kesayangannya itu.

“Babah sentiasa doakan kejayaan anak-anak tak kiralah untuk Ahmad Dayyan, Umairah dan Ayish. Babah doakan semua berjaya di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Selepas temu bual ini dilakukan, Saiful sempat bertemu dengan Amad di luar dewan. Mereka dilihat bersalaman dan berpelukan demi melepaskan rindu terhadap satu sama lain.

Terdahulu hantaran Saiful dalam Instagram minggu lalu mencetuskan spekulasi ramai tentang konflik yang melanda dalam keluarga ini.

Saiful mendedahkan tidak dapat berjumpa dengan anaknya serta mendakwa ada pihak yang cuba mengerah dan mengambil wang hasil titik peluh anak-anaknya.

Namun Saiful menafikan hantaran tersebut ditujukan kepada bekas isterinya iaitu Siti Saerah. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI