fbpx
CEO Harimau Malaya, Rob Friend

Rob Friend terkejut dengan keputusan FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend meluahkan rasa terkejut dengan keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman kepada tujuh pemain warisan negara.

Sambil menghormati prosiding yang sedang berjalan, Friend menjelaskan pasukan kebangsaan akan terus berdiri di belakang pemain dan fokus sekarang adalah untuk terus melangkah ke depan.

“Kami terkejut dengan keputusan FIFA serta hukuman luar biasa yang dikenakan terhadap pemain-pemain kami.

“FAM telah menyelesaikan perkara pentadbiran yang sedang diteliti dan skuad kebangsaan berdiri teguh di belakang proses rayuan ini.

“Sebagai Harimau Malaya, fokus penuh kami kini adalah ke hadapan bagi membina pasukan yang kuat untuk perlawanan kelayakan menentang Laos serta memastikan disiplin, profesionalisme dan prestasi di atas padang terus mencerminkan kebanggaan serta semangat negara.

“Kami menghormati prosiding yang sedang berlangsung dan percaya proses ini akan menghasilkan keputusan yang adil serta telus.

“Ini merupakan detik penting dalam sejarah bola sepak Malaysia. Harimau Malaya kekal bersatu dan bertekad, berdiri bersama para pemain, jurulatih dan staf ketika kami melangkah ke hadapan dengan tujuan serta semangat yang tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tujuh permain itu ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.

Selain digantung, semakan yang dilakukan menyaksikan Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan tujuh pemain berkenaan diarahkan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000) setiap seorang dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga perlu membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI