fbpx
Tangkap layar menunjukkan dua ‘pocong’ membantu wanita yang terjatuh daripada motosikalnya. - TikTok

Pocong baik hati, tolong wanita jatuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua lelaki yang menyamar sebagai pocong menerima pujian orang ramai kerana rela membantu seorang wanita yang terjatuh daripada motosikalnya, lapor portal berita RtciPlus.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @khariestama menunjukkan salah satu ‘pocong’ itu mengangkat motosikal yang terbaring di tengah jalan.

Rakannya mengarahkan kenderaan lain berhenti supaya mereka tidak dilanggar.

Mereka  membantu wanita itu meskipun seluruh badan mereka dibalut kain putih.

Rakaman itu mencatatkan lebih 464,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Ternyata ada pocong yang baik,” kata seorang netizen.

“Bukan dibantu oleh manusia tetapi pocong,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN