fbpx
FAM disarankan agar mendedahkan susur galur tujuh pemain warisan bagi mengelak hilang kepercayaan daripada penyokong.

Penyokong gesa FAM dedah susur galur warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peminat bola sepak tempatan meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil menjelaskan dan berkongsikan bukti penting berkaitan tujuh pemain warisan negara yang digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Walaupun FAM sudah tampil menjelaskan berlaku kesilapan teknikal oleh kakitangan pentadbiran semasa proses penyerahan dokumen, pendedahan susur galur dan data penting lain mengenai pemain warisan pastinya dapat mengelak defisit kepercayaan penyokong.

“Ini penting kerana penyokong sudah lihat pasukan kebangsaan kita mula naik tetapi apabila jadi seperti sekarang, penyokong pun rasa kecewa. Sebelum ini tidak ada penjelasan terperinci tentang susur galur pemain warisan diberikan FAM.

“Biar benda itu lebih telus kerana penyokong mahu tahu asal usul pemain berkenaan. Bukan tidak sambut baik langkah mendapatkan pemain warisan tetapi sebaiknya jelaskan dokumen apa yang diberikan kepada JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

“Begitu juga apabila rayuan dibuat nanti, lebih bagus kena jelaskan rayuan itu atas dasar apa kerana kebiasaan kalau kes mahkamah pun, apabila rayuan dibuat ia bermakna ada kesalahan berlaku,” kata penyokong Kedah, Wan Mohd. Syazwan Wan Mohd. Fadzelah.

Bagi Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid, perkara yang dimahukan penyokong adalah maklumat lebih jelas dan peminat wajar untuk mengambil tahu mengenai perkara ini.

“Ranking kita naik drastik dan pasti orang pun akan lihat kepada kita. Kita nak perkara ini dijelaskan dan pendapat saya FAM kena dedahkan bukti susur galur supaya perkara ini jadi lebih jelas di mata peminat.

“Jika dapat dikongsikan, sekurang-kurangnya orang luar dan peminat tempatan tahu dengan lebih jelas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN