fbpx
MAYAT mangsa dibawa naik untuk dihantar ke Hospital Rompin di Rompin hari ini.

Pemancing hilang selepas terjatuh dari bot ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kampung Kedaik Lama, dekat Muadzam Shah, di sini, semalam ditemui lemas oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pagi ini.

Mayat mangsa, Saharudin Harun, 44, yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan ditemui pada pukul 11.25 pagi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula semalam disambung semula hari ini.

“Operasi hari kedua membabitkan pencarian di permukaan selain selaman turut dilakukan di sekitar lokasi mangsa terjatuh kira-kira pukul 10 pagi.

“Mayat mangsa ditemui hanyut oleh pasukan SAR yang membuat pencarian di permukaan kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,”katanya di sini hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang keluar memancing bersama seorang rakannya di Sungai Kedaik di sini hilang selepas terjatuh daripada bot gentian kaca.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI