fbpx
Asyraf ketika Sesi Town Hall Anti Buli di Hotel Premiera di sini hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Pelajar cemerlang juga akan dibuang jika jadi pembuli – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menyembunyikan kes buli di bawah ‘permaidani’ semata-mata untuk menjaga imej atau reputasi.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau komited untuk membanteras budaya buli di semua institusi pendidikan di bawah agensi itu dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk perlakuan tersebut, sama ada fizikal mahupun mental.

“Kita mahu putuskan rantaian budaya buli. Tiada lagi alasan seperti ‘dulu kami pun dibuli, tak apa pun’. Itu mentaliti lapuk.

“Jika benar ada laporan dan terbukti berlaku, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi, termasuk terhadap pelajar cemerlang yang telah disingkirkan baru-baru ini kerana kes buli,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Town Hall Antibuli Peringkat Mara anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Hotel Premiera di sini hari ini.

Tambah beliau, selain pendidikan dan kaunseling, penguatkuasaan undang-undang juga penting bagi memastikan ekosistem pendidikan yang selamat dan sejahtera.

“Tindakan tegas akan diambil segera dan tegas, bukan sahaja kepada pembuli, malah kepada semua pengarah, pengetua, dan warden institusi Mara

“Kita tidak boleh benarkan mana-mana kes dibiar berlarutan atau disapu bawah karpet. Jangan hanya tunggu selepas adanya berita-berita kematian dan sebagainya,” tegasnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI