fbpx
Gambar hiasan

Pasangan kekasih dicekup tipu sewa kamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik licik seorang wanita kononnya mahu menyewa kamera digital akhirnya terbongkar selepas dia bersama teman lelakinya ditahan polis berhubung tiga kes penipuan di sekitar Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis membabitkan kerugian keseluruhan RM13,600.

“Kes dilaporkan masing-masing satu di daerah Ampang Jaya, Kajang dan Sepang dengan modus operandi memperdaya mangsa menyerahkan kamera untuk disewa sebelum suspek gagal memulangkan semula barangan berkenaan serta tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita yang menyatakan minat untuk menyewa kamera milik mereka.

“Suspek kemudian berjumpa mangsa di rumah sebelum kamera diserahkan kepadanya. Namun, selepas itu mangsa tidak menerima semula kamera malah suspek memberi pelbagai alasan,” katanya.

“Turut dirampas ialah beberapa peralatan telekomunikasi, resit bayaran yang digunakan dalam urusan dengan mangsa serta kamera milik mangsa-mangsa. Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN