fbpx
Kamera Nikon ZR yang memiliki berat hanya 540 gram terkenal sebagai kamera paling ringan dan menjadi pilihan ideal untuk membuat filem yang sering bergerak.

Nikon ZR tawar kualiti video sinematik mewah, berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nikon secara rasmi melangkah masuk ke dalam arena sinematografi profesional dengan pelancaran kamera kompak terbaharunya, Nikon ZR.

Model yang berupa kamera terkecil dalam siri Z CINEMA itu  dibangunkan hasil kerjasama strategiknya dengan RED Digital Cinema (RED), sebuah nama besar dalam industri perfileman Hollywood.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Futuromic Photo AV, pengedar rasmi Nikon di Malaysia, ZR direka untuk menawarkan kualiti video sinematik mewah dalam sebuah badan kamera yang kecil dan ringan.

Kerjasama dengan RED, yang kini merupakan anak syarikat Nikon Corporation, membolehkan penyepaduan teknologi video RAW dan sains warna terkemuka RED ke dalam ekosistem Nikon buat pertama kalinya.

“Dengan berat hanya 540 gram, Nikon ZR dinobatkan sebagai salah satu kamera pawagam paling ringan dalam kelasnya, menjadikannya pilihan ideal untuk pembikin filem yang sering bergerak.

“Badan aloi magnesiumnya yang tahan lasak terhadap habuk dan titisan air memastikan ia boleh diharap dalam pelbagai persekitaran penggambaran, dari studio hinggalah ke lokasi luar yang mencabar,” katanya dalam kenyataan.

ZR yang bersaiz kecil turut dilengkapi dengan spesifikasi teknikal yang mampu menggantikan set penggambaran yang besar dan kompleks.

Malah kamera ini mampu merakam video dalam format RAW 6K secara dalaman, memberikan fleksibiliti maksimum semasa proses suntingan warna di peringkat pasca-produksi.

Selain itu, salah  satu ciri paling inovatif yang diperkenalkan adalah keupayaan rakaman audio terapung 32-bit secara dalaman, yang pertama seumpamanya di dunia untuk kamera dengan lensa boleh tukar ganti.

Teknologi ini membolehkan rakaman julat audio yang sangat luas tanpa risiko bunyi pecah (clipping), walaupun hanya menggunakan mikrofon terbina dalam.

Bagi memudahkan pembikin filem mencapai penampilan visual yang diingini, ZR menawarkan mod Video Sinematik khusus dan sembilan pratetap warna yang dikenali sebagai ‘Resipi Pengimejan’.

Pratetap yang dibangunkan oleh RED ini boleh dilihat secara langsung pada skrin LCD 4.0 inci kamera itu, membolehkan pengarah melihat hasil akhir sebelum penggambaran bermula.

“Sistem autofokusnya juga canggih, menggunakan teknologi pembelajaran mendalam untuk mengesan sembilan kategori subjek berbeza, termasuk manusia, haiwan dan kenderaan.

“Ia juga mampu mengecam subjek sekecil 3 peratus daripada saiz keseluruhan bingkai, memastikan fokus yang tajam walaupun dalam adegan yang sibuk atau bergerak pantas,” terangnya.

Selain itu, Nikon ZR turut direka untuk aliran kerja secara langsung, jarak jauh, dan penggunaan berbilang kamera.

Ia dilengkapi sambungan HDMI dan USB-C yang komprehensif serta keserasian dengan perisian Frame.io untuk muat naik fail terus ke awan, mempercepatkan proses suntingan kolaboratif.

Sistem pelesapan haba yang efisien membolehkan kamera ini merakam secara berterusan selama lebih dua jam tanpa masalah pemanasan melampau.

Ciri ini amat penting untuk penggambaran acara langsung atau temubual yang panjang, di mana gangguan akibat pemanasan tidak boleh diterima.

Turut dilancarkan bersama kamera ini ialah mikrofon senapang patah ME-D10.

Mikrofon ini direka khas untuk ZR dan tidak memerlukan bateri atau kabel, menjadikannya sangat mudah digunakan di lapangan.

Ia menawarkan dua mod rakaman, PURE untuk audio ambien yang realistik dan FOCUS untuk mengasingkan suara dalam persekitaran bising. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN