fbpx
ZAMBRY (bawah kanan) berinteraksi dengan Nik Mohamad Alis menerusi panggilan video sambil disaksikan Md. Amin kelmarin.

Nik Mohamad Alis, anak yatim piatu antara 4,063 pelajar baharu UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang anak yatim piatu yang hidup bersendirian tanpa ibu bapa sejak berumur 17 tahun, Nik Mohamad Alis Nik Ab. Rashid merupakan antara 4,063 pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ambilan Oktober ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, universiti pendidikan itu menyediakan bantuan yuran pendaftaran dan pengajian menerusi Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) kepada pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Rumah Tangga itu.

Katanya, kelmarin semasa sesi pendaftaran di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut menghubungi secara panggilan video Nik Mohamad Alis.

“Beliau (Zambry) menasihatkan Nik Mohamad Alis agar tetap bersemangat belajar walaupun menghadapi ujian berat.

“Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut memberi bantuan pendidikan awal kepada 15 pelajar baharu UPSI yang berada dalam kategori B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk hadir dan mendaftar diri di UPSI.

“Mereka masing-masing mendapat sumbangam RM1000 bagi memastikan pengajian mereka dapat dimulakan seperti pelajar baharu yang lain,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, kisah Alis dimuat naik oleh ceokuterer menerusi laman TikTok, sejak berusia 17 tahun sudah bergelar yatim piatu setelah kehilangan ibu pada 2022 dan bapa setahun sebelum itu.

Begitupun, dia cukup tabah menguruskan hidup seorang diri sudah tiga tahun hanya tinggal di rumah sewa yang perlu dibayar RM200 sebulan, Alis bekerja sebagai jurulatih silat secara sambilan dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

Bagaimanapun, kecekalannya untuk habiskan belajar sambil bekerja membuahkan hasil apabila diterima masuk ke UPSI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI