fbpx
Misi Global Sumud Flotilla memulakan pelayaran pada 31 Ogos lalu dari pelabuhan Barcelona.

Konvoi misi bantuan masuk zon merah Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Konvoi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang disertai lebih 500 sukarelawan dijangka memasuki zon kuning malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Halim berkata, secara tepatnya, konvoi itu dijangka memasuki zon kuning kira-kira pukul 9.18 malam dengan mereka kini berada sekitar 21 batu nautika ke zon itu yang mengambil masa kira-kira empat jam perjalanan.

“Setakat ini juga, tiada laporan aktiviti dan ancaman dron dilaporkan semalam dan kesemua delegasi Malaysia dilaporkan berada di dalam keadaan sihat dan baik.

“Zon kuning bukanlah kawasan yang dijangkakan untuk dipintas oleh Zionis kerana ia masih perairan antarabangsa kecuali zon merah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya yang juga Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, jika konvoi itu dipintas di kawasan zon kuning, mereka masih berada dalam keadaan dan lokasi yang tidak boleh dipersalahkan.

Sany Araby berkata, pihaknya menjangkakan konvoi itu dijangka memasuki zon merah pada Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI