“DARI kecil saya memang ada satu cita-cita sahaja iaitu mahu menjadi mekanik. “Itulah sebabnya saya sambung pengajian dalam Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan memfokuskan teknologi motosikal.” Itu ungkap remaja lelaki dari Terengganu yang suatu ketika dahulu pernah tular dengan jolokan Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis. Dia yang lebih mesra disapa dengan nama Syukur tular dek kerana gambarnya yang memperlihatkan keakraban dengan sekawan kerbau ketika berusia 14 tahun. Keakrabannya dengan kerbau ternakan bapa sering menjadi tumpuan lensa jurugambar……