fbpx
Fadhlina Sidek ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Presint 9 (2) di sini, hari ini.FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Lebih 700 daripada 10,000 sekolah diaudit keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan audit keselamatan kepada lebih 700 daripada 10,000 buah sekolah di seluruh negara setakat ini sebagai langkah memastikan aspek keselamatan terus dipertingkat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan audit yang bermula sejak pertengahan Ogos masih lagi berlangsung sehingga kini dengan perkembangan semasa menunjukkan proses berkenaan berjalan lancar.

“Setakat ini kita sudah audit 700 daripada 10,000 buah sekolah. Perjalanan itu masih jauh, tetapi kita dapat lihat perkembangan sangat baik.

“Kita akan umumkan sedikit masa lagi tentang dapatan awal daripada (proses) audit ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini hari ini.

Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan terkini pelaksanaan audit keselamatan sekolah yang dijalankan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Sekolah.

Media sebelum ini melaporkan seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fatah Khairol Rizal meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Susulan itu, Fadhlina berkata, laporan lengkap hasil siasatan itu akan dikemukakan segera bagi tindakan lanjut serta memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI