SEJAK kebelakangan ini, aktiviti sukan larian semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di negara ini. Fenomena ini menjadi ketara apabila setiap minggu ada sahaja acara dianjurkan dari ‘fun run’ hingga ke maraton penuh dengan jarak 42 kilometer. Berdasarkan pemerhatian penulis, pendaftaran acara larian juga pantas ‘disapu’ peserta, sama seperti membeli tiket konsert artis popular. Malah, ada yang sanggup datang dari jauh dengan menempuh perjalanan beratus kilometer hanya untuk menyertai acara larian. Seperti acara The Standard Chartered Marathon 2025 yang bakal……