fbpx
Mohd. Najwan ketika sidang akhbar hari ini.

Lapan pakar dilantik siasat letupan paip gas Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lapan pakar dan profesional industri dilantik menggangotai Jawatankuasa Bebas
bagi menyiasat insiden kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, pada 1 April lalu.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Felo Penyelidik Kanan, Pusat Kesiapsiagaan dan Pencegahan Bencana (DPPC), Institut Teknologi Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr. Khamarrul Azahari Razak.

Ia turut dianggotai Pengarah Ikram Work Sdn. Bhd, Datuk Ir. Ts. Mohd Taufik Haron; Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Zahirasri Mohd Tohir ;Pengarah Urusan, Geo Mag Engineering, Dr. Mohamad Anuri Ghazali dan Ir. Muhamad Her Jantan dari Persatuan Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Jurutera Malaysia.

Selain itu adalah Naib Presiden, Pertubuhan Perancangan Malaysia, TPr. Abdul Hamid Akub; Ahli Geofizik Kanan, Juzaili Azmi, serta Pengurus Tugas Khas, Pejabat Pengarah Eksekutif (EDO), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Ts. Shahronizam Noordin.

Exco Pengurusan Bencana Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban serta keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan dalam menangani sebarang insiden melibatkan infrastruktur kritikal.

Katanya, kesemua yang terlibat dalam jawatankuasa bebas ini tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pihakpihak yang terlibat secara langsung dalam insiden ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI