fbpx
Lagu Menamakanmu Cinta nyanyian Siti Nurhaliza diangkat sebagai OST sebuah sinetron Indonesia.

Lagu Siti Nurhaliza, ‘Menamakanmu Cinta’ jadi OST sinetron Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan keunggulan apabila lagu terbaharunya, Menamakanmu Cinta terpilih menjadi runut bunyi rasmi sinetron Indonesia berjudul Cinta Sepenuh Jiwa.

Sinetron terbitan MNC Pictures itu bakal ditayangkan secara eksklusif di RCTI dengan menampilkan bintang muda popular seperti Cut Syifa, Ibrahim Risyad dan Kenny Austin.

Ujar komposer lagu tersebut, Ade Govinda, karya terbabit digarap dengan penuh rasa malah menjadi lambang kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Selaras dengan judul sinetron, Menamakanmu Cinta ibarat ungkapan kasih yang kita simpan untuk insan tersayang.

“Kita mencintai sepenuh jiwa, namun kadangkala tidak terungkap dengan sepenuhnya. Itu yang menjadikan lagu ini begitu dekat dengan naskhah tersebut,” katanya.

Kehadiran lagu Siti, 46, itu melengkapkan kisah cinta sarat emosi sekali gus memperkuatkan jiwa cerita.

Sejak dilancarkan pada Julai lalu, lagu tersebut mencatat sambutan luar biasa malah video lirik rasmi sudah mencecah lebih 3.3 juta tontonan di YouTube, manakala muzik video yang dimuat naik pada 12 September lalu menghampiri 400,000 tontonan.

Bukan itu sahaja, Menamakanmu Cinta turut merekodkan lebih 4.9 juta putaran di YouTube Music serta 2.1 juta penstriman di Spotify, sekali gus menegaskan kedudukannya sebagai karya segar yang masih mendapat tempat di hati pendengar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI