fbpx
Orang ramai berusaha mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Seremban baru-baru ini.

Kes jatuh lubang kumbahan: Penutup ‘manhole’ dalam keadaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) mendedahkan hasil siasatan ke atas Sistem Rawatan Kumbahan Kecil (SSTS), lokasi seorang murid terjatuh berada dalam keadaan baik.

Jabatan itu memaklumkan, pihak polis turut memaklumkan bahawa penutup lubang utiliti atau ‘manhole’, berada dalam keadaan baik, sempurna dan tiada sebarang kecacatan ditemui.

“Pihak kami telah menghantar pasukan ke lokasi kejadian pada hari sama insiden berlaku bagi melihat situasi dan menialankan siasatan awal dan mendapati keadaan SSTS dalam keadaan baik,” katanya, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan seorang murid lelaki, Abdul Fattah Khairol Rizal berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan ketika aktiviti sukan di sebuah sekolah di Lenggeng.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN