fbpx
Kedudukan tiga kapal GSF yang sudah memasuki zon kuning setakat pulul 9.30 malam seperti dikongsikan pada laman ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker' dibangunkan oleh Mapim.

Konvoi Sumud Flotilla masuk zon kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak tiga buah kapal yang terlibat dalam misi Global Flotilla Flotilla (GSF) kini sudah memasuki zon kuning perairan antarabangsa, sekali gus menandakan fasa kritikal dalam pelayaran mereka ke Gaza.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! pada laman ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker’ Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), setakat pukul 9.30 malam ini, kapal Alma kini antara yang berada di hadapan.

Sebanyak 47 bot menyertai misi berkenaan setakat ini dengan purata kelajuan 5.0 knot kira-kira 1.852 kilometer sejam (km/j).

Sementara itu, GSF dalam kenyataan turut mengesahkan perkara itu.

“Delegasi Global Sumud Flotilla kini dilaporkan memasuki zon kuning, kira-kira 300 batu nautika dari Gaza.

“Kapal-kapal masih berada di perairan antarabangsa dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Umat Islam di seluruh dunia diseru untuk terus mendoakan keselamatan flotilla agar misi kemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN